Wednesday, June 17, 2009

Tamadun Hwang Ho

Lokasi
Tamadun Hwang Ho seperti juga tamadun-tamadun awal yang lain mula muncul di kawasan lembah sungai.
Tamadun ini muncul daripada kesuburan Lembah Sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning yang membolehkan kawasan tersebut didiami manusia.
Sungai Hwang Ho (5654km) terletak di utara China. Sungai yang kedua panjang di China ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di barat China sehinggalah ke Teluk Bo hai di sebelah timur.
Kawasan sekitar Lembah hwang Ho yang terdiri daripada kawasan yang bergunung-ganang serta berpadang pasir menyebabkan tamadun China terasing daripada pusat-pusat yang lain dan seterusnya terbentuk tamadun yang unik dan bersifat setempat.

Kerangka masa
Manusia terawal di China ialah Peking Man yang dipercayai hidup di sekitar tahun 400 000 S.M. Ini membuktikan wujudnya kehidupan Zaman Paleolitik di China.
Zaman Neolitik di China dianggar wujud di sekitar tahun 5000 S.M. apabila masyarakat China mula melibatkan diri dalam aktiviti pertanian dan penternakan.
Kerajaan yang berbentuk dinasti yang pertama dipercayai muncul di sekitar tahun 2250 S.M. – 1766 S.M. iaitu Dinasti Hsia, namun tiada bukti yang menunjukkan kewujudan dinasti ini. Ini diikutioula dengan Dinasti Shang (1766 S.M. – 1050 S.M.)

Proses Pembentukan
Petempatan awal tamadun Hwang Ho dipercayai bertapak di Banpo (berdekatan bandar Sian).
Kesuburan Lembah Hwang Ho dikatakan berjaya menarik perhatian penduduk normad di utara China untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan di situ dan selanjutnya membina petempatan-petempatan tetap.
Petempatan-Petempatan awa tersebut kemudiannya berkembang menjadi bandar. Antara bandar terawal ialah Anyang, iaitu ibu kota kerajaan Dinasti Shang.
Pembinaan kerajaan berbentuk dinasti, khususnya Dinasti Shang membantu memperluaskan budaya dan tamadun masyarakat Hwang Ho. Tamadun tersebut kemudiannya tersebar sehingga ke selatan China (sekitar Sungai Yangtze) pada zaman kerajaan Dinasti Chou.


Ciri-ciri tamadun Hwang Ho
Petempatan kekal

Wujudnya petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada munculnya bandar-bandar di Lembah Hwang Ho.
Anyang yang wujud pada sekitar tahun 1800 S.M. merupakan bandar tertua di China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang. Ia terletak di tebing Sungai Huan.
Anyang memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran, keagamaan dan kegiatan ekonomi. Di situ terdapat istana dan kuil serta tempat perdagangan.
Raja, golongan pembesar dan golongan agama juga menetap di Anyang.
Untuk melindungi Anyang daripada pencerobohan musuh, kerajaan membina tembok di sekitarnya. Di luar kota Anyang, wujud perkampungan-perkampungan yang didiami masyarakat petani.

Organisasi sosial
Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan teratas dalam organisasi sosial masyarakat Shang yang diterajui oleh raja.
Lapisan bawahan terdiri daripada:
Golongan petani
– membentuk sebahagian besar penduduk
– mendiami di kawasan luar bandar (di sekeliling negara kota)
Golongan artisan
– Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang muncul pada zaman Dinasti Shang
– Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata perisai dan hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta alat untuk upacara keagamaan.
Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan kerana mereka mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.
Hamba merupakan golongan yang paling bawah dalam masyrakat Shang. Dalam Dinasti Shang, perhambaan merupakan ciri yang paling penting.

Pengkhususan pekerjaan
Golongan tentera membantu golongan pembesar mempertahankan masyarakat. Golongan ini terdiri daripada:
-Tantera yang menggunakan kereta kuda.
-Tentera berjalan kaki.
Golongan petani merupakan tonggak ekonomi dan pentadbiran kerana mereka menghasilkan bahan makanan dan memenuhi keperluan golongan atasan. Ada di kalangan golongan petani yang berkemahiran khususnya dalam teknologi gangsa dan barangan tembikar pula menjadi golongan artisan:
-Mereka menghasilkan pelbagai barangan tembaga seperti senjata, barang tembikar dan bekas minuman serta makanan
-Hasil mereka biasanya hanya mampu dimiliki golongan pembesar.
Hamba pula berfungi sebagai tentera paksaan, buruh paksa dan bahan korban upacara penyembahan.

Sistem pemerintahan
Kerajaan yang wujud adalah berbentuk dinasti dengan pemerintahan beraja.
Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi,sosial,agama. Mereka berkuasa mutlak dan menetap di pusat pentadbiran.
Pengganti raja biasanya dilantik daripada kalangan anak atau saudara lelaki raja.
Raja tidak dianggap tuhan tetapi sebagai pemerintah yang mendapat mandat (kuasa pemerintahan) daripada tuhan.
Mengikut konsep ini, pemerintah yang adil akan mendapat madat. Raja yang memerintah dengan adil akan dapat mewujudkan kerajaan yang makmur dan rakyat akan menikmati kesejahteraan hidup. Sebaliknya, pemerintah yang kejam atau lemah akan kehilangan mandat. Contohnya, pemerintahan Shang kehilangan mandat akibat kezaliman mereka.Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja dalam urrusan pentadbiran.
- Golongan ini bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah masing-masing.
- Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran mereka sendiri. Contohnya sistem pungutan cukai, undang-undang dan pertahanan.
Sistem yang sama dilaksanakan semasa zaman Dinasti Chou.
- Raja dibantu oleh ketua menteri enam badan. Badan ini menguruskan hal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, undang-undang dan hal ehwal monarki.
- Pada peringkat wilayah, pentadbiran dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal. Raja telah membahagikan pemilikan tanah kepada pembesar ini.
Raja-raja Dinasti Chou cuba mengikat pembesar mereka melalui :
- Ikrar taat setia.
- Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
- Tanggungjawab melindungi raja dan memberi bantuan ketenteraan semasa perang.
Pembesar juga bertanggungjawab sebagai ketua agama untuk melaksanakan upacara pengorbanan.

Agama dan kepercayaan
Masyarakat Hwang Ho mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan. Antaranya ialah animisme dan politeisme serta pemujaan roh nenek moyang. Mereka juga menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (tu). Mereka juga menyembah biasanya diketuai oleh golongan bomoh dan melibatkan permainan muzik, tarian atau upacara korban.Masyarakat Shang juga mempercayai ramalan menggunakan tulang oracle ( tulang binatang ) yang berfungsi meramalkan sesuatu keadaan.
- Bukti kepercayaan ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang.
- Tulang ini diletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan ini dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Bahasa dan tulisan
Amalan penilikan tulang nujum ( oracle ) memainkan peranan peranan mewujudkan sistem tulisan awal di China. Rekahan pada tulang-tulang tersebut memberi idea untuk mencipta tulisan.Bentuk tulisan yang disebut ideogram telah dicipta. Sistem tulisan ini berbentuk simbol. Pada asalnya, tulisan ini mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Lama-kelamaan tulisan ini berubah menjadi lebih kompleks seperti hari ini.

Sumbangan tamadun Hwang Ho
Sistem pemerintahan
Tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sestem pemerintan China kuno. Sehingga ke zaman Dinasti Ching, sistem pemerintahan monarki telah diteruskan. Terdapat sedikit perubahan telah dilakukan, contohnya gelaran Raja ditukar kepada Maharaja. Antara perkara yang diteruskan ialah konsep anak syurga, mandat dari syurga dan amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20.

Sistem tulisan
Sistem tulisan ideogram yang berkembang secara evolusi masih digunakan masyarakat Cina kini. Tulisan tersebut digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan serta diajar kepada anak-anak Cina di sekolah Cina. Tulisan ini juga digunakan orang Korea dan Jepun.

Sistem kepercayaan dan falsafah
Unsur pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat Cina kini. Namun pengorbanan manusia dalam pemujaan roh telah digantikan dengan amalan pemberian seperti makanan, duit kertas dan barangan perhiasan. Falsafah Cina yang melibatkan konsep ‘Yin dan Yang’ serta amalan ‘Feng Hsui’ masih kuat mempengaruhi masyarakat Cina kini. Sistem kalendar telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Dinasti Shang :
- Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
- Raja dapat menentukan musim menanam dan menuai.
- Kalendar ini digunakan untuk upacara perkahwinan, pemburuan dan pengkebumian.
Falsafah perang yang diperkenalkan Sun Tzu dalam karyanya yang berjudul The Art of War, mempengaruhi taktik peperangan dan pemikiran strategik sehingga kini. Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan dan urusan perniagaan.

Ekonomi
Pembinaan sistem pengairan merupakan aspek ekonomi yang penting memandangkan pentingnya kegiatan pertanian sejak zaman Shang. Raja bertanggungjawab membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan berlakunya banjir. Sebuah terusan juga dibina di Szechuan untuk mengairi kawasan pertanian. Kemajuan sektor pertanian di China membawa kepada terciptanya teknologi pertanian seperti teknologi pembajakan , penciptaan cankul dan sabit serta penggunaan batas untuk penanaman. Alatan pertanian yang diperbuat daripada besi mula menggantikan alatan yang diperbuat daripada kayu
.

1 comment: